DAP Tauke Kilang, Tiga Parti Lain Dalam PH Hanya Pekerja, Kata Pensyarah

SHAH ALAM ― Pakatan Harapan (PH) ibarat sebuah kilang yang dikuasai DAP dengan parti-parti lain sebagai pekerja, dakwa seorang ahli akademik.

Md Shukri Shuib berkata PKR, Parti Amamah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan lemah selepas pilihan raya, lapor Sinar Harian.

Pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu tidak menyebut faktornya secara jelas, namun dipercayai akibat persaingan PH dengan PAS.

“Walaupun Pakatan Harapan menghadapi gelora protes PAS terhadap DAP, badai taufan akan hanya menghakis kuasa politik PKR,” katanya.

Susulan perlawanan tiga penjuru dengan PAS, tiga parti PH akan menjadi parti kerdil dan “didominasi secara mutlak oleh DAP”, tambahnya.

“PH ibarat kilang pembangkang, dan pemilik sebenar kilang adalah DAP. Jadi parti-parti lainnya ibarat pekerja,” kata Md Shukri.

“Kali ini parti paling selamat dan meraih sokongan kuat adalah DAP.”

Perbincangan di kalangan pembangkang dan media semakin rancak berhubung strategi dan risiko PH jika mereka gagal berunding dengan PAS.

Isu ini muncul semula selepas PKR dilaporkan ingin meneruskan rundingan kerusi dengan PAS tetapi bekas sekutunya itu enggan berbuat demikian.

Ekoran itu, majlis presiden PH mengeluarkan ketetapan tidak mahu bersama PAS. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.