Bomba Bantu Selamatkan Lembu Jatuh Perigi

TANGKAK – Anggota bomba bertungkus-lumus selama hampir 50 minit bagi mengeluarkan seekor lembu betina yang terjatuh ke dalam perigi di Kampung Seberang Gajah, di sini, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Pegawai Bomba Kanan II Malley Salim, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 petang tadi, sebelum dua jentera, termasuk sebuah van bomba dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Ketika tiba dilokasi pada jam 2.25 petang, kita mendapati seekor lembu betina tersepit pada bahagian dalam perigi yang dianggarkan berkedalaman 2.4 meter.

“Usaha untuk mengeluarkan lembu terbabit juga mengalami sedikit kesukaran berikutan saiz badan lembu berkenaan yang agak besar dan ruang perigi yang sempit,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Malley berkata, seorang anggota bomba terpaksa turun ke dalam perigi bagi mengikat badan lembu terbabit sebelum ia dapat ditarik keluar dengan selamat.

“Lembu betina dipercayai bukan lembu korban. Operasi tamat pada jam 3.15 petang tadi dan haiwan itu dalam keadaan baik,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.