Anggota Polis Maut Ketika Buat Pusingan U

Gombak – Seorang anggota polis meninggal dunia sejurus motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Idaman, Batu Caves, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa, Lans Koperal Freddie Elvis Digat, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari belakang.

“Pemandu kereta terbabit tidak sempat mengelak ketika mangsa membuat pusingan U.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak 20 meter ke bahu jalan,” katanya.

Katanya, mangsa yang bertugas di Balai Polis Selayang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Plaie, Kota Samarahan, Sarawak untuk pengebumian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.