Setia & Semangat Kebersamaan Resipi Kejayaan BN

PEKAN – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan, semangat kebersamaan, setia dan ikhlas dalam perjuangan parti adalah tonggak penting bagi Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 

Justeru, Perdana Menteri mahu semua ahli dan kepemimpinan parti komponen BN terutama UMNO mengukuhkan semangat penyatuan dan bekerja dengan ikhlas demi kelangsungan parti.

 

Beliau berkata, mereka mewakili produk UMNO dan BN yang terbukti membantu rakyat sejak negara merdeka.

 

“Ahli dan pemimpin jangan leka, selesa, malas dan syok sendiri dengan kejayaan yang ada.

 

“Semangat kebersamaan, setia dan ikhlas dalam perjuangan adalah tonggak untuk pastikan parti terus berjaya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Abu Bakar Harun. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.