Filipina Isytihar Darurat Berikutan Serangan Abu Sayyaf

DAVAO – Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan darurat di pulau Mindanao pada Sabtu selepas militan Abu Sayyaf meletupkan bom yang meragut 14 nyawa dan mencederakan 70 lagi dalam kejadian di kampung halamannya di selatan negara itu.

 

Duterte, yang memeriksa lokasi serangan di pasar malam pada malam Jumaat di Davao, berkata perisytiharan itu tidak bermakna undang-undang tentera dilaksanakan.

 

Ia cuma membolehkan anggota tentera diletakkan di pusat bandar untuk membantu polis dalam menubuhkan pusat pemeriksaan dan meningkatkan rondaan, katanya.

 

Jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami, mendakwa bertanggungjawab di atas serangan berhampiran Universiti Ateneo de Davao dan hotel lima bintang, tetapi Duterte berkata penyiasat masih mencari suspek lain, termasuk sindiket dadah, yang disasarkan dalam tindakan keras membasmi gejala itu.

 

“Ini masa luar biasa dan saya berkuasa membolehkan pasukan keselamatan negara ini melakukan usaha memburu.

 

“Kami cuba berdepan dengan krisis ketika ini. Ada krisis di negara itu membabitkan dadah, pembunuhan luar undang-undang dan persekitaran keganasan,” kata wartawan di lokasi serangan sambil meminta penduduk bekerjasama dan berwaspada.

 

Serangan dilancarkan ketika pasukan tentera dalam keadaan berjaga-jaga di tengah kempen ketenteraan berterusan terhadap militan Abu Sayyaf di Sulu, yang memuncak minggu lalu selepas mereka memenggal seorang penduduk kampung yang diculik.

 

Militan mengancam melancarkan serangan selepas tentera berkata, 30 anggota pergerakan itu maut dalam kempen selama seminggu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.