‘Facekini’ Popular Di China

BEIJING – Di Perancis, wa­ni­ta Islam berdepan larangan me­makai burkini ketika bersantai di tepi pantai, namun berbeza pula di China apabila wanita mereka bebas mengenakan ‘facekini’ yang hampir sama rekaannya tetapi dengan corak dan gaya yang lebih kreatif.

 
Menurut portal Mail Online, ­usahawan berusia 60 tahun, Zhang Shifan melancarkan koleksi terbaharu facekini dengan co­rak spesies hidupan liar yang terancam antaranya panda gergasi, buaya dan harimau Siberia.

 
Sut renang itu seakan-akan bur­kini yang menutupi keseluruhan tubuh badan pemakainya, namun direka lebih ketat.
Shifan mendapat perhatian media selepas mengeluarkan koleksi pertama facekini yang berbentuk topeng muka pada 2014.

 
Topeng itu digunakan bagi membantu wanita di China me­lin­dungi kulit wajah mereka da­­ripada sinaran matahari dan gangguan ­obor-obor ketika berada di tepi pantai.

 
Usahawan dari bandar Qingdao itu turut bercita-cita mengeluarkan lebih banyak koleksi facekini yang boleh dipakai oleh semua lapisan masyarakat.

 
“Saya akan terus mengeluarkan rekaan baharu dan berusaha untuk menjadikan facekini sebagai ikon fesyen di dalam dan luar negara,” kata Shifan.

 
Walaupun penduduk dunia mempersendakan rekaan facekini yang hanya mendapat perhatian wanita pertengahan umur di awal kemunculannya, topeng dan sut itu kini semakin popular dalam kalangan wanita muda dan golongan lelaki.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.