Demonstrasi : NGO Bantah Kehadiran Rajapakse

Seramai 100 ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India mengadakan demonstrasi membantah kehadiran bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse ke Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

 

Perhimpunan itu bersurai selepas anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah cuba memujuk kumpulan itu agar tidak meneruskan bantahan, lapor sebuah portal.

 

Beberapa ahli NGO berkenaan melaungkan bantahan dalam bahasa Tamil dan didakwa meminta kerajaan Malaysia menghalau Rajapakse daripada menghadiri persidangan tersebut.
Mereka yang membawa sepanduk bertulis ‘Rajapakse pembunuh’, dan ‘halau Rajapakse dari Malaysia’. Bekas pemimpin itu didakwa telah membunuh kira-kira 150,000 penduduk Tamil di negara itu sepanjang 10 tahun menjadi presiden.
 

Turut sama melakukan demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan; Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan.
Kumpulan itu kemudiannya bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari, selepas gagal menemui Rajapakse yang telah meninggalkan PWTC lebih awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.