15,000 Motosikal ‘Gegar’ 
Port Dickson Hujung Minggu Ini

SEREMBAN  – Kira-kira 15,000 pemilik motosikal bakal memeriahkan Port Dickson International Bike Fest 2016 di Mayang Sari Resort, Port Dickson yang bermula esok hingga Ahad ini.

 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata, festival yang memasuki tahun ketiga penganjurannya akan menampilkan kelainan kerana diadakan di kawasan pesisiran pantai.

 

“Festival sebegini bukan sahaja diadakan untuk penduduk setempat keluar beriadah bersama keluarga tetapi dapat mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

 

Yang turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Jali; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Azrin Borhan dan Presiden Seremban District Motorcycle Club (SDMC), Azhar Abd. Aziz.

 

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya menjangkakan lebih 20,000 pengunjung akan memeriahkan acara tersebut.
“Kita juga telah menerima pengesahan daripada lebih 6,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang akan menyertai festival itu termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Singapura dan Australia,” katanya.

 

Tambahnya, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah motosikal yang diubah suai menerusi cabutan bertuah yang diadakan nanti.

 

“Mereka hanya perlu membeli beg berharga RM50 yang mengandungi baju, pelekat serta baucar cabutan bertuah,” kata­nya.

 

Ujarnya, lebih 50 gerai barangan motosikal, pakaian dan makanan akan dibuka sepanjang acara tersebut.-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.