‘Tebus Dosa’ GHB Tidak Sah – Ulama PAS

Kuala Lumpur – Kifarah (tebus dosa) sumpah bai’ah yang akan dilakukan wakil rakyat Pas yang melompat parti dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sah dan tetap berdosa.

 

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, mereka tetap dikira berdosa kerana dilakukan atas nama Allah untuk tidak keluar daripada parti itu.

 

“Bai’ah yang dibuat calon wakil rakyat Pas mengndungi sumpah dan janji dengan nama Allah untuk tidak keluar daripada Pas sama ada menang atau kalah.

 

“Sekiranya mereka menang dan keluar daripada parti mereka mesti meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

 

“(Malah), membayar Kifarah sumpah tidak membebaskan pelakunya daripada dosa,” katanya ketika dihubungi FMT.

 

Katanya, tindakan wakil rakyat Pas yang bertindak melakukan kifarah jelas membuktikan bahawa mereka mengakui bahawa sumpah bai’ah sah dari segi hukum.

 

“Apabila mereka melakukan majlis kifarah mereka sendiri perakui bai’ah Pas sah pada hukum syarak.

 

“Mereka bertanding atas tiket Pas menggunakan logo bulan bukan Pakatan Rakyat. Mereka menang atas tiket Pas bukan tiket PKR. Mereka terikat dengan bai’ah tersebut dan melanggarnya adalah berdosa. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.