Chong Wei Berlatih ‘Muslihat’ Baru

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berpendapat corak permainan Datuk Lee Chong Wei perlu diubah biarpun berdepan risiko kekalahan.

 

Ia sebahagian daripada persiapan menjelang Olimpik Rio 2016 kerana Hendrawan percaya jaguh badminton negara itu memerlukan elemen muslihat.

 

Selepas kekalahan kepada Cheng Long di Kejohanan Dunia Jakarta Indonesia, Ogos lalu, Hendrawan merumuskan bintang China itu sudah menghafal corak permainan Chong Wei.

 

Sekalipun tewas, Chong Wei akan tampil lebih berbisa tanpa lawan berupaya membaca pergerakannya di pentas kompetitif. Oleh itu, Hendrawan sudah merangka latihan intensif buat Chong Wei untuk baki kalendar musim ini.

 

“Misalnya kalau jumpa Cheng Long ni kita akan cuba permainan lain.

 

“Mungkin dia bersedia untuk kalah, yang penting dia bersedia. Kalau tengok dia di Kejuaraan Dunia, dengan waktu yang singkat ini, tidak mengapa.

 

“Yang penting semasa di Olimpik nanti lebih penting,” jelas jurulatih itu.

 

Chong Wei perlu beraksi dengan baik di Terbuka Jepun dan Korea dalam usaha untuk kembali dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia, sekali gus mengelak proses beraksi di peringkat Kelayakan Siri super.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.