Remaja 18 Tahun Maut Digilis Lori

Seri Kembangan – Seorang remaja lelaki maut dalam satu kemalangan yang berlaku di jalan utama, Taman Putra Permai pagi ini.

Menurut saksi yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, dalam kejadian di hadapan stesyen minyak Shell itu mangsa dikatakan telah dirempuh oleh sebuah lori bermuatan 4 sebelum digilis.

Mangsa dikatakan mati ditempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa yang tinggal di Taman Equine itu telah dihantar ke hospital yang berhampiran untuk bedah siasat.

SuaraTV masih menuggu maklumbalas dari balai polis Puchong untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

Remaja lelaki maut 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.