KTMB Pecat Pemimpin Kesatuan, 110 Lagi Menanti Nasib

Kuala Lumpur – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memecat 2 pemimpin kesatuan sementara 110 lagi masih menanti tindakan terhadap mereka selepas menyertai piket pada 9 Mei, kata Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) hari ini.

Mereka yang dipecat adalah Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan dan timbalannya R Subramaniam dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak adil.

Razak memberitahu mereka menerima surat pemecatan daripada KTMB pada Jumaat lepas.

“Kami diberitahu, khidmat kami sudah tidak diperlukan lagi kerana pemecatan dilakukan secara serta merta,” kata Razak.

“Selain kami, 12 lagi ahli RUM menanti perbicaraan disiplin selesai sebaik saja inkuiri domestik diselesaikan KTMB.

“110 lagi ahli RUM sudah menerima surat tunjuk sebab daripada KTMB yang dilihat sebagai langkah mengenal pasti siapa lagi yang terlibat dalam piket pada 9 Mei,” kata Razak.

Razak merujuk kepada piket mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir untuk meletakkan jawatan yang disertai 700 ahli RUM.

“Elias bertindak terlalu perlahan dan dilihat akan menyebabkan kejatuhan KTMB. Keadaan KTMB sekarang membuktikan perkara itu,” katanya.

Razak berkata, audit dilakukan pada 2011 menunjukkan syarikat itu kerugian sebayak RM100 juta, bertambah hampir 3 kali ganda sebanyak RM280 juta pada 2012.

“Pemecatan ini tidak boleh dijustifikasi kerana kami menyertai salah satu aktiviti RUM.

“Mengikut Sekyen 4 Akta 177 Akta Perhubungan Industri 1967, secara jelas menyatakan tidak ada sesiapa boleh masuk campur atau menghalang pekerja menyertai aktiviti kesatuan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.