31 Mati Kerana Ebola, Wabak Masih Merebak

Kinshasa – Serangan wabak virus maut Ebola di Republik Demokratik Congo terkini telah membunuh 31 orang dan wabak ini masih merebak dalam kawasan barat laut negara itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

“Terkini seramai 31 orang maut,” kata ketua komunikasi WHO, Eugene Kambambi kepada AFP.

Tambahnya, wabak maut ini masih kekal terkurung di dalam jaringan di sebuah kawasan sekitar 800 kilometer di utara Kinshasa.

Sebelum ini WHO telah memberi jumlah angka yang terkorban mencecah 13 orang dalam negara ini. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.