KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa fokus kepada sistem Bas Rapid Transit (BRT) berbanding membazir membina Projek Mass Rapid Transit Laluan 3 (MRT3).

Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata, ini memandangkan kos pembinaan MRT3 yang dijangka cecah hampir RM1Bilion per kilometer.

“Gesaan saya supaya kerajaan fokus kepada BRT, bukan membazir bina MRT3.

“Saya ada tiga cadangan untuk kerajaan iaitu perbanyakkan lagi bas untuk sistem BRT di negara ini; tingkatkan kualiti sistem BRT,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu kata Luqman, kerajaan sepatutnya salurkan kos untuk masalah yang lebih serius.

Semalam Menteri Kewangan menyatakan, kos keseluruhan pelaksanaan MRT3 berjumlah RM50.2 bilion.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz memperincikan pecahan kos yakni kos pembinaan RM34.3 bilion; kos perolehan tanah RM8.4 bilion.

Manakala katanya, kos pengurusan projek membabitkan RM5.6 bilion dan lain-lain kos berjumlah RM1.9 bilion menjadikan keseluruhan RM50.2 bilion.

“Walau bagaimanapun, kos keseluruhan projek akan dimuktamadkan
selepas proses tender terbuka selesai,” katanya di Dewan Rakyat.