Video: Pelanggan Kantoi ‘Layan’ Video Lucah Di Kedai Komputer

TULAR seorang lelaki sedang asyik menonton video lucah menerusi komputer riba Macbook yang dipamerkan di sebuah kedai komputer.

Apa yang lebih mengejutkan, itu bukan kali pertama dia melakukannya, sebaliknya lelaki yang sama juga sering menonton klip lucah di beberapa kedai komputer lain.

Dalam rakaman CCTV yang disiarkan di Facebook, lelaki yang berlagak pelanggan itu dapat dilihat sedang asyik menonton klip seorang wanita sedang melakukan onani di outlet Studio 7 di yang terletak di Buriram, Thailand.

Ketika itu, ramai orang lalu-lalang di situ termasuk gadis-gadis dan tindakan tidak senonohnya itu dapat dilihat dengan jelas.

Semasa menonton, dia dapat dilihat mengusap-usap kepalanya, bergerak sedikit, tetapi secara amnya nampak tenang.

Sehinggalah seorang pekerja kedai menyedari dia sedang menonton klip lucah, lelaki itu terus dihalau keluar dari premis tersebut.

Insiden berlaku di Thawikit Supercenter, sebuah pusat membeli-belah utama di Buriram.

“Dia biasa di sini,” seorang pengurus cawangan Studio 7 yang tidak mahu dikenali memberitahu Coconuts Bangkok.

“Saya rasa kami melihatnya setiap hari.”

Seolah-olah tidak pernah puas, dalam tempoh tujuh bulan sejak kedai itu dibuka, lelaki itu tidak pernah membeli walau satu pun barang.

Coconuts Bangkok mula menghubungi kedai-kedai komputer lain di kawasan itu yang akhirnya membongkarkan bahawa ia adalah perkara biasa bagi lelaki itu.

Pengurus Studio 7 di sebuah lagi cawangan mendakwa tindakan lelaki itu yang hanya singgah di premis itu sudah ‘diketahui umum’ dan ‘sering dibincangkan’dalam kalangan pekerja komputer di kawasan itu yang rata-rata menyediakan komputer riba untuk pameran dan untuk diuji oleh pelanggan.

“Dia sebenarnya berada di sini semalam,” kata seorang pengurus cawangan Studio 7 di Robinson sambil ketawa.

“Dia berdiri lama di hadapan komputer riba, tetapi saya tak berani nak tengok skrinnya atau bercakap dengannya.”

Secara umumnya itulah yang dirasakan pekerja di tiga premis lain yang turut mengesahkan bahawa lelaki itu melakukan tindakan sama.

Nampaknya tiada siapa yang mahu menghalangnya, walaupun mereka tahu apa yang dia lakukan.

“Dia seorang pelanggan, apa yang boleh saya katakan kepadanya?,” kata seorang pekerja di Powerbuy.

Sementara itu, pengurus Studio 7 di cawangan Thawikit Supercenter, berkata dia berasa tidak selamat jika lelaki itu berada di dalam premisnya.

“Saya satu-satunya pekerja wanita di sini. Bagaimana jika dia menyerang saya ketika saya bersendirian?,” katanya.

Dia didakwa telah melaporkan kebimbangannya kepada pihak pengurusan atasan, tetapi setakat ini belum ada tindakan diambil. – CoconutsBangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.