PAS Sambut Baik Keputusan BN Beri Laluan Tanding PRK Seri Setia

SHAH ALAM – PAS menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada parti Islam itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi percaya keputusan Umno itu akan disambut baik partinya, selepas dibincangkan di peringkat Pusat.

“Saya sangat mengalu-alukan pendirian, keputusan dan ketegasan dibuat BN dan Umno, DUN Seri Setia akan diberikan laluan kepada PAS.

“PAS negeri akan bawa keputusan ini untuk dibincangkan di peringkat Pusat. Walau apapun keputusannya, kita harapkan yang terbaik demi kekuatan Islam dan Melayu,” katanya sewaktu ditemui di DUN Sungai Kandis, hari ini.

Terdahulu, Umno memutuskan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini ialah titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah Malaysia baru.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu FMT, pendekatan satu lawan satu mencerahkan peluang pembangkang untuk merampas kerusi yang merupakan kubu kuat PKR itu.

“Jentera PAS tempatan bersedia memainkan peranan dalam PRK Seri Setia, tertakluk kepada keputusan PAS Pusat. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.