Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi.

Memetik laporan portal Astro Awani, perkara ini disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi.

Allahyarham meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

“Mahadzir berada di KK atas urusan kerja”, menurut Ida.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.