Kalah Kepada Peninju Filipina, Lucas Matthysse ‘The Machine’ Umum Persaraan

BUENOS AIRES – Peninju Argentina, Lucas Matthysse mengumumkan persaraannya daripada gelanggang pertarungan, semalam, hampir tiga minggu selepas dipalit kekalahan kepada legenda Filipina, Manny Pacquiao.

Kekalahan dalam pertarungan di Malaysia tu menyebabkan Matthysse kehilangan gelaran dunia kategori welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA).

“Hari ini (semalam) saya memutuskan untuk menggantung sarung tangan saya,” kata peninju berusia 35 tahun itu dalam laman Instagram.

“Satu lagi peringkat dalam kehidupan saya adalah di sini… bangga untuk kekal di tahap terbaik selepas 10 tahun di mana saya sudah bertarung dengan ramai peninju terbaik dunia.”

Turut dikenali sebagai La Maquina, atau The Machine, Matthysse yang juga pemegang tali pinggang sementara gelaran dunia Majlis Tinju Dunia (WBC) dalam kategori super lightweight memiliki rekod karier 39 kemenangan (36 KO) dan lima kekalahan.

Dia terpaksa menyerahkan gelaran WBA kepada Pacquiao, 39, di Kuala Lumpur pada 15 Julai lalu selepas pertarungan dihentikan pada pusingan ketujuh.

Ia adalah gelaran dunia ke-11 sepanjang karier mengagumkan Pacquiao dan menjadikannya wira kebangsaan di negara kelahirannya. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.