Mayat Memasak Hidangan Untuk Pelanggan

Accra (Ghana)- Keluarga seorang wanita mempamerkan mayatnya sebelum pengebumiannya.

Mayat wanita itu sepertinya menunjukkan dia seolah-olah masih bekerja.

Menurut Agensi, wanita berkenaan yang mengusahkan gerai makan ketika hidupnya diletakkan dalam keadaan duduk dengan dikelilingi kelengkapan termasuk lesung dan periuk seolah-olah dia sedang memasak di dapurnya.

Mayatnya yang diawet nampak tidak ubah seperti sedang sibuk menumbuk keladi untuk dijadikan hidangan jualannya kepada pelanggan, seperti memetik Metro.

Mayat itu turut dipakaikan gaun labuh dan penutup kepala berbentuk serban seperti yang digunakan wanita tempatan.

Kejadian dilapor berlaku di Ghana tetapi lokasi sebenar tidak dinyatakan. Mengikut amalan masyarakat tempatan, mayat si mati ‘dipamerkan’ di dalam keranda – untuk membolehkan kenalan datang memberikan penghormatan terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.