Video: Aksi Azalina Menyanyi ‘UMNO, BN Baik’ Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipaparkan dalam sebuah video yang tersebar di alam maya sedang menari dan menyanyi bersama pengunjung yang hadir di satu Majlis Rumah Terbuka Aidilfritri baru-baru ini.

 

Beliau yang juga adalah Ahli Parlimen Pengerang, berpakaian baju kurung kelihatan menyanyi dan menari bersama penyanyi rap terkenal tanahair Joe Flizzow dari kumpulan Too Phat.

 

 

Dalam rakaman video berdurasi 35 saat itu, Azalina, menyanyikan lagu ‘Umno budak baik, BN budak baik’ lirik yang diubah suai dari lagu ‘Baek’ ciptaan Joe Flizzow.

 

Aksi Ahli Parlimen Pengerang itu bagaimanapun dikecam warga netizen yang dilihat memberi reaksi negatif terhadap perlakuan dan kata-kata pemimpin UMNO selepas isu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet.

 

“Malu nak tengok (lihat) sampai habis,” tulis Normah Dasuki.

 

“Dah apa kena Najib amek dia ni,” tulis Jr Ahhraf.

 

“Tak sabar nak tonton kebodohan seterusnya,” tulis Azizi Sudin.

 

Azalina, muka lama yang diambil semula menganggotai Kabinet dikecam kerana menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

 

Bagi Azalina isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.