Ronaldo Beli Pulau Greek Untuk Hadiah Perkahwinan Ejennya

Porto – Mungkin menjadi hadiah perkahwinan yang paling hebat, bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan menghadiahkan ejennya sebuah pulau Greek sebagai hadiah perkahwinannya.

 

Ejennya yang bertuah tersebut, Jirge Mendes berkahwin bersama pasangannya Sandra di Porto pada Ahad.

 

Menurut portal Singapore Straits Times yang memetik sumber media Portugis, Move Noticias menganggarkan pulau tersebut mempunyai nilai mencecah antara €3 (RM12.65 juta) sehingga €50.

 

Perkara tersebut heboh diperkatakan di media sosial dengan banyak komen-komen negatif dan positif yang dilemparkan kepada pemain terbaik dunia itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.