Pesawat Tergelincir, Tiga Cedera

JAKARTA – Sebuah pesawat Citilink tergelincir di landasan di barat Indonesia pada malam Ahad, menyebabkan tiga orang cedera dan lapangan terbang terpaksa ditutup, menurut pegawai kementerian pengangkutan dan media tempatan.

 

Jurucakap kementerian pengangkutan, Julius Barata memberitahu Reuters bahawa pesawat Airbus A320 itu membawa 174 penumpang dalam penerbangannya dari Jakarta ke Padang ketika ia tergelincir di landasan sewaktu mendarat.

 

“Pesawat itu menghalang laluan di landasan, jadi lapangan terbang masih ditutup,” tambah Barata.

 

Citilink merupakan syarikat penerbangan tambang rendah di bawah syarikat PT Garuda Indonesia Tbk. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.