Perdana Menteri Mohon Maaf

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf sempena Hari Raya Aidilfitri jika Kementerian Kewangan ada melakukan kesilapan.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kementeriannya mempunyai tanggung jawab yang sangat besar dalam mengharungi suasana ekonomi yang semakin mencabar.

 

“Kalau ada apa-apa kesilapan, kekhilafan, kekasaran selama ini saya bersama Datuk Seri Husni Hanandzlah (Menteri Kewangan ll) memohon ampun dan maaf.

 

“Kita sebagai sebuah kementerian mempunyai tangung jawab yang sangat berat menghadapi suasana ekonomi serantau yang memerlukan penumpuan tugasan yang sangat rapi,” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan pada Isnin.

 

Najib berkata, Kementerian Kewangan perlu membuat persediaan yang sangat baik, strategi kewangan dan strategi fisikal yang tepat.

 

“Supaya, pada akhirnya rakyat Malaysia akan dapat memenuhi segala-gala aspirasi mereka.

 

“Kita mesti faham isi hati rakyat dan insyaAllah saya yakin, percaya sebagai satu pasukan, Kementerian Kewangan mampu menggalas amanah dengan sangat baik,” katanya.

 

Di kesempatan itu, Najib turut mengalu-alukan kehadiran Datuk Johari Abd Ghani sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baru.

 

“Dia sebagai ‘freshie’ kita kena ‘ragging’ dia sikit,” katanya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.