MB Negeri Sembilan Nafi Kata Tak Perlukan Parti Komponen Lain

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, nafi membuat kenyataan yang UMNO negeri ini tidak memerlukan parti komponen Barisan National (BN) lain untuk mentadbir negeri ini.

 

Beliau berkata, kenyataannya ketika majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Seremban, Sabtu lalu, ditujukan kepada UMNO negeri ini supaya bekerja keras memastikan semua 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu tandingi dalam Pilihanraya Raya Umum (PRU) akan datang menang.

 

“Jika menang semua kerusi, UMNO saja (sudah) boleh membentuk kerajaan negeri kerana terdapat 36 kerusi DUN di negeri ini,” katanya dalam sidang media yang dihadiri semua pemimpin parti komponen BN di sini, hari ini.

 

Bagaimanapun, beliau menegaskan peranan parti komponen lain juga penting supaya BN mendapat majoriti dalam PRU akan datang, iaitu sebanyak 25 kerusi DUN.

 

Malah, Mohamad yang juga Pengerusi UMNO negeri bersedia memohon maaf jika tindakan itu dapat menjernihkan suasana, tetapi bukan kerana beliau melakukan kesalahan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.