Lebih 100 Orang Terbunuh Akibat Hujan Monsun Di India

NEW DELHI – Hujan monsun telah membunuh lebih 100 orang pada minggu lalu manakala 215,000 penduduk terpaksa berpindah mendapatkan perlindungan di kem-kem bantuan negeri.

 

Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Barat Bengal adalah kawasan yang paling teruk terjejas akibat taufan, di mana menyaksikan 48 orang terbunuh.

 

Selain itu, 28 kematian telah dilaporkan di bahagian barat Rajasthan.

 

Lebih daripada 200 pasukan perubatan dengan menggunakan 120 bot telah tiba di kawasan bencana.

 

Pada hari Sabtu, sekurang-kurangnya 20 orang telah dihanyutkan dalam satu kejadian tanah runtuh yang telah memusnahkan 10 buah rumah di sebuah kampung kecil timur laut Manipur, kata jurucakap Pasukan Bertindak Bencana Negara.

 

Musim monsun tahunan di India yang bermula dari Jun hingga September tahun ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan teruk terhadap kediaman dan tanaman makanan penduduk. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.