Kanak-Kanak Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Serendah

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Serendah dekat sini, pada Ahad.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata mangsa, Ahmad Fahmi Ahmad Kadir yang berasal dari Bukit Beruntung telah pergi ke kawasan itu bersama bapa dan sepupunya pada pukul 2.30 petang.

 

Beliau berkata mangsa kemudian mandi bersama dua sepupunya sambil diperhatikan bapanya dari atas (darat) di kawasan air terjun itu.

 

“Kira-kira sejam kemudian, bapa mangsa menyedari anaknya telah tiada.

 

“Hasil bantuan orang ramai, mangsa berjaya dikesan tidak jauh dari tempat dia dikatakan lemas.

 

“Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernafas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.