Kabinet Perlu Dilihat Ke Hadapan, Pulihkan Defisit Keyakinan – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minta semua anggota Kabinet bergerak sebagai satu pasukan dengan dibantu semua anggota pentadbiran untuk bergerak terus ke hadapan.

 

Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan dan diberi perhatian oleh kerajaan ketika ini, antaranya termasuk mengurangkan beban hidup rakyat, memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan menangani isu persepsi yang mengatasi realiti.

 

“Saya yakin, kalau Kabinet sebagai satu pasukan dan dibantu anggota pentadbiran dalam ikatan kukuh, tiada cabaran yang tidak boleh diatasi dengan jayanya,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra di sini, pagi ini.

 

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri dan Timbalan Menteri di JPM serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

 

Perhimpunan itu adalah yang pertama selepas rombakan semula Kabinet dilakukan Selasa lalu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.