Jamidan Dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

Putrajaya – Datuk Mohamad Jamidan Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuatkuasa 1 Ogos.

 

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan bahawa Mohamad Jamidan, 57, menggantikan Datuk Seri Zakaria Jaffar, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober depan.

 

Mohamad Jamidan yang sebelum ini Pengarah Siasatan SPRM, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.

 

Manakala jawatan itu akan disandang oleh Datuk Mohd Azam Baki, 52, yang sebelum ini merupakan Pengarah Perisikan SPRM, juga berkuatkuasa pada 1 Ogos.

 

“SPRM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Zakaria atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya selama lebih tiga dekad,” kata SPRM. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.