Dakwaan Guling Kerajaan, SPRM Buat Laporan Polis

Putrajaya – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini sebentar tadi bagi menafikan pembabitan SPRM dalam penyebaran maklumat mengenai draf pertuduhan berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd yang dikeluarkan Sarawak Report baru-baru ini.

 

Beliau yang ditemui di perkarangan IPD di sini turut menafikan berlakunya kebocoran maklumat atau hasil siasatan oleh SPRM kepada pihak luar.

 

Beliau juga menegaskan tiada sesiapa daripada pihaknya yang terbabit atau berniat dalam mana-mana konspirasi yang menjatuhkan kerajaan.

 

Sementara itu polis dilaporkan sedang menyoalsiasat Pengarah SPRM (Operasi khas) Bahri Mohamad Zin di pejabatnya di Putrajaya.

 

Siasatan itu dipercayai berkaitan dengan dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

 

Tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di ibupejabat SPRM pada jam 2.45 petang manakala pegawai SPRM berkenaan tiba pada jam 3.10 petang.

 

Kira-kira 30 wartawan yang hadir, telah diarahkan untuk menunggu di luar ibu pejabat SPRM.

 

Sebelum ini, polis menahan tiga orang berhubung dengan kes tersebut.

 

Mereka ialah bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh; pegawai Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

 

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.