Bapa Saudara Sultan Terengganu Umum Keluar PAS

Kuala Lumpur – PAS Terengganu kehilangan seorang lagi ahli selepas Tengku Ibrahim Ismail yang dilaporkan keluar daripada parti Islam yang didakwa ‘hilang arah’.

 

The Star Online melaporkan, keputusan itu juga dibuat berikutan pergolakan dalaman antara parti itu, PKR dan DAP.

 

Bercakap kepada wartawan di kediamannya di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Tengku Ibrahim dilaporkan berkata ideologi PAS telah ‘tersasar’ dan terlepas peluang untuk mengukuhkan parti.

 

“Pada masa apabila UMNO dan parti politik lain bergolak, PAS gagal untuk mengambil kesempatan daripada situasi itu.

 

“Malah, parti terperangkap dalam pergolakan dan pertelagahan antara sekutunya, Ia gagal untuk pergunakan peluang untuk memperkukuhkan parti,” katanya.

 

Tengku Ibrahim yang merupakan bapa saudara kepada Sultan Terengganu juga berkata, PAS juga tidak matang dalam menyatakan pendirian mereka untuk bersendiri tanpa sekutu mereka.

 

Beliau turut merasakan bahawa pimpinan tertinggi PAS telah hilang keyakinan untuk memperkukuhkan parti ekoran daripada pergolakan dalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.