Banjir Di India, Lebih 100 Terkorban

Delhi – Hujan lebat monsun di India mengorbakan lebih daripada 100 orang pada minggu lalu dan beribu-ribu penduduk tempatan yang lain terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan di kem-kem bantuan.

 

Menurut Kementerian Dalam Negeri India, taufan turut melanda di kawasan barat Bengal, mengorbankan 48 orang akibat banjir yang melanda.

 

Lebih daripada 200,000 orang dilaporkan portal BBC dipindahkan ke kem-kem bantuan.

 

Hampir empat juta penduduk di 10,000 kampung terjejas akibat banjir di sini, dengan barat Bengal diistyiharkan sebagai kawasan yang paling teruk menurut Kementerian Dalam Negeri.

 

Berikutan itu, lebih daripada 200 pasukan perubatan menggunakan 120 bot telah sampai ke kawasan yang dilanda banjir dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit bawaan air.

 

Pada Sabtu, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas satu kejadian tanah runtuh di Manipur.

 

India menerima 80% daripada hujan tahunan semasa monsun antara Jun dan September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!