Annuar Musa Bakal Dilantik Pengerusi PAC?

Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

 

Desas desus menyatakan Ahli Parlimen Ketereh itu merupakan antara nama yang layak untuk menduduki kerusi panas tersebut bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini telah menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 

Annuar ketika dihubungi hanya menjawab ‘tiada komen’, lapor sebuah portal.

 

Nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan untuk menerajui PAC selepas dipanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan pelantikan itu, lapor portal itu lagi.

 

Selain Annuar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar juga turut dikaitkan bakal dilantik sebagai anggota PAC bagi mengisi tiga jawatan kosong selepas anggota yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PAC, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau turut dilantik dalam barisan Kabinet baru.

 

Berikutan pelantikan itu, PAC tidak dapat meneruskan prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung pada Selasa dan Rabu ini dengan memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.