ADUN Balung Dilantik Speaker Baru Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu bermula 7 Ogos ini.

 

Syed Abas adalah Speaker kesembilan di DUN Sabah menggantikan Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak yang meletak jawatan selepas dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia susulan rombakan Kabinet, minggu lalu.

 

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

 

Musa berkata, berkata pemilihan Syed Abas dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam politik dan kerajaan sebelum ini. “Beliau juga telah memegang jawatan penting dalam agensi kerajaan serta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

 

Syed Abas dilahirkan pada 12 Oktober 1947 dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi Gunaan dari Universiti East London (NELP).

 

Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd dan menjadi ADUN Balung pada tahun 1978 hingga 1981 di bawah pentadbiran parti BERJAYA dan pada tahun 2004 hingga kini di bawah UMNO. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.