Israel Bunuh Tentera Sendiri

Gaza – Israel mengesahkan askarnya, Hadar Goldin, yang ditawan pejuang Palestin, maut dalam operasi yang dilancarkan rejim Zionis di Gaza.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia mengakui tenteranya yang berusia 23 tahun itu, maut dalam pertempuran pada Jumaat lalu.

Menurut laporan AFP, jurucakap tentera bagaimanapun enggan memberi kepastian sama ada mayat telah ditemui atau sebaliknya.

Terdapat dakwaan mengatakan ia disahkan berdasarkan ujian DNA.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan mencari mayat Goldin dengan apa cara sekalipun.

Keputusan itu menyebabkan tentera Yahudi melancarkan berpuluh-puluh serangan ke atas Gaza, termasuk ke Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra, berkata sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.