Dipenjara 15 Tahun Kerana Hina Institusi Diraja

Bangkok – Gara-gara menghina sistem beraja di laman Facebook, seorang pemuzik Thailand dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun.

Keputusan dibuat Mahkamah Wilayah Ubon Ratchathani.

Tertuduh yang berusia 28 tahun itu didapati bersalah memuat naik satu mesej di laman sosial berkenaan antara 2010 dan 2011.

Menurut Bangkok Post, mahkamah menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara bagi enam tuduhan, serta empat bulan bagi setiap 12 tuduhan, kerana melanggar Akta Jenayah Komputer.

Di bawah undang-undang berkenaan, mana-mana individu yang sabit kesalahan menghina raja, ratu, pemangku raja atau waris, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, hukuman itu diringankan kepada 15 tahun sahaja, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.

“Suspek berulang kali mengaku bersalah dan dalam kes ini, hakim menjatuhkan hukuman minimum bagi kedua-dua tuduhan,” kata pegawai mahkamah yang enggan mendedahkan identitinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.