Sudah tiba masa Lahad Datu miliki IPT khusus bidang keselamatan maritim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal mengemukakan cadangan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Zambry Abd Kadir untuk Lahad Datu memiliki sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mengkhusus dalam bidang keselamatan maritim.

Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata saranan beliau itu sejajar dengan kedudukannya yang begitu strategik di timur Sabah dan keperluan semasa memperkukuh pertahanan perairan negara.

“Sudah tiba masanya Lahad Datu memiliki sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mengkhusus dalam bidang keselamatan maritim sejajar dengan kedudukannya yang begitu strategik di timur Sabah dan keperluan semasa memperkukuh pertahanan perairan negara.

“Cadangan ini saya suarakan sendiri petang tadi dalam kunjungan hormat kepada Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di pejabatnya.

“Saya percaya, penubuhan IPT ini bukan sahaja akan membuka lebih banyak peluang pendidikan dan kerjaya anak muda tempatan, malah memperkukuh keupayaan keselamatan rantau ini secara holistik,” katanya,

Dalam pertemuan itu juga, mereka turut berbincang potensi kerjasama antara MOSTI dan KPT, khususnya melibatkan universiti dan pusat penyelidikan di Sabah dalam menjayakan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang lebih inklusif dan berpaksikan kepada keperluan negeri.

Sementara itu Zambry juga bersetuju dengan cadangan itu memandangkan lokasi Lahad Datu begitu strategik di timur Sabah serta keperluan semasa dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

“Insya-Allah kita akan bawakan perkara ini ke peringkat seterusnya untuk diberi perhatian.

“Terima kasih Yusof Apdal atas kunjungan dan perbincangan,” kata Zambry.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat