Maya Karin Nafi Jadi Punca Perceraian Ahli Parlimen PKR

KUALA LUMPUR — Artis jelita Maya Karin mempersoal usaha mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam kes perceraian Nik Nazmi Nik Ahmad dengan isteri.

Mengenali anggota parlimen Setiawangsa, pelakon wanita itu mengakui beliau “berkawan” dengan Nik Nazmi seperti ramai ahli politik lain, lapor Utusan Online.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. Saya berharap mereka dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan.

“Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia [Nik Nazmi],” kata selebriti itu.

Namun, aktres nama asal Maya Karin Roelcke, 39, tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana beliau sering dipalit dengan kontroversi mengaitkan beberapa ahli politik.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” kata pelakon filem “Pontianak Harum Sundal Malam”.

Semalam, Nik Nazmi, 37, bercerai talak satu dengan Dr Imaan Abdul Rahim, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.