Tuduhan Hanya Dibacakan Esok, SPRM Tahan Najib Dalam Lokap

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah, Rabu.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba pukul 4 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini.

Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh SPRM. – mstar

2 thoughts on “Tuduhan Hanya Dibacakan Esok, SPRM Tahan Najib Dalam Lokap

  • July 3, 2018 at 10:38 pm
    Permalink

    tepis lah. nafi lah apa yg selama ini dikatakan fitnah? kuasa allah swt yg maha kaya maha adil lagi bijaksana…. semoga terbukti segala2nya salahlaku yg dinafikan ….. insyallah akan dapat diketahui nanti… biar rakyat tahu perkara yg sebenarnya….

    Reply
  • July 3, 2018 at 10:52 pm
    Permalink

    hangpa sapa? takyah sibuk2 lah…. mcm2 nak komen ..5tahun lagi ha jadilah wakil rakyat? kepuh kecuh …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.