Tiada Keraguan Dari Bank Negara Walaupun Tahu Akaun Derma RM2.6 Bilion – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika menjadi gabenor Bank Negara sedar tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum PRU 2013.

Namun katanya, Zeti tidak mempersoalkan perkara itu.

Oleh itu, jelasnya, beliau beranggapan dana RM2.6 bilion itu tidak mempunyai sebarang dakwaan keraguan.

“Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah,” katanya memetik wawancara eksklusif bersama Malaysiakini minggu lalu.

Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab: “Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik.”

Najib sekali lagi menyatakan wang berjumlah AS$681 juta (biasanya dirujuk sebagai RM2.6 bilion) adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Beliau juga menegaskan telah mengembalikan AS$620 juta daripada wang itu kepada pendermanya selepas PRU.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa wang tersebut berasal daripada 1MDB.

Zeti, yang bersara pada 2016 selepas 16 tahun menjadi gabenor Bank Negara, kini merupakan anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Sinar

One thought on “Tiada Keraguan Dari Bank Negara Walaupun Tahu Akaun Derma RM2.6 Bilion – Najib

  • July 4, 2018 at 1:11 am
    Permalink

    tahu tak tahu da berlaku dah siasat pun… sama jer diorang … sama serupa jer…. malang nasib rakyat dpt pemimpin mcm ni ramai lagi agaknya lebih kurang sama…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.