Lambakan Buah Durian Paksa Peniaga Jual Lebih Murah

GEORGETOWN – Lanjutan musim durian menyebabkan raja buah itu kini dijual pada harga murah.

Bulan puasa pada Mei lalu turut menyebabkan kejatuhan jualan durian sekaligus menyumbang kepada lebihan bekalan buah itu.

Gerai durian di Jalan Macalister, di sini misalnya dilihat menjual buah itu yang dibungkus dalam bekas kedap udara dengan harga serendah RM10 sahaja.

Gerai yang dipanggil Durian Balik Pulau itu turut menjual lebih daripada 10 jenis durian selain nangka, rambutan, manggis dan mangga.

Pemiliknya, Lim Beng Choo berkata, mereka telah menjual buah itu pada harga RM10 sejak Mei lalu kerana penjualan menurun pada bulan puasa.

“Sekarang, ada bekalan yang banyak, jadi kami mengekalkan harga.

“Harga cenderung turun sedikit kerana penawaran semakin meningkat dan ramai peniaga juga menjualnya,” katanya ketika ditemui di gerai itu.

Malah, bekalan durian turut menjadi banyak kerana mereka juga mempunyai kebun sendiri di Balik Pulau, wilayah pengeluar durian yang terkenal di negeri ini.

Isi durian yang dijual di dalam bekas kebanyakannya dari jenis D11, D604, Xiao Hong, Ang Bak Kia dan Hor-Lor.

Dia turut menjual durian jenis Musang King, Black Thorn, Lipan dan Ang Heh (Udang Merah).

Dalam pada itu, musim durian dijangka akan berlanjutan sehingga September depan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.