AJK Sayap Umno Sungai Petani Tidak Akan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sungai Petani menafikan dakwaan akan meletakkan jawatan.

Naib Ketua Pemuda, Mohd Nizam Hj Baharudin ketika dihubungi SuaraTV berkata beliau tidak bercadang untuk meletakkan jawatan kerana menghormati amanah yang diberikan dalam pemilihan yang lalu.

“Saya tidak akan letak jawatan, kami telah dipilih oleh perwakilan (Pemuda) secara sah dalam pemilihan (dan) penat berkempen pun tak habis lagi.

“Setakat ini ada 5-6 ahli jawatankuasa (Pemuda) yang turut bersetuju untuk tidak meletakan jawatan jadi saya berharap Mohd Rahmat (Ketua Pemuda) turut mempertimbangkan kembali keputusan beliau untuk letak jawatan,” katanya lewat malam tadi.

Sementara itu Ketua Pemuda Sungai Petani, Mohd Rahmat Darus berkata beliau memerlukan sedikit masa bagi membuat keputusan.

“Sehingga kini saya masih merupakan Ketua Pemuda, konflik di Sungai Petani agak besar jadi saya perlukan sedikit masa untuk letak jawatan atau sebaliknya,” katanya ringkas.

Ahli jawatankuasa Wanita, Zanirah Yahya turut mengambil pendirian untuk tidak meletakkan jawatan.

“Saya antara yang telah dipilih sebagai AJK Wanita pada persidangan yang berlangsung 23 Jun lalu dan tidak pernah bercadang untuk letak jawatan kerana menghormati mandat yang telah diberikan.

“Saya bersama 2 orang lagi AJK Wanita yang telah dipilih akan tetap berdiri teguh menyokong kepimpinan ketua bahagian yang baru dan saya yakin majoriti ahli wanita Umno Sungai Petani akan berdiri teguh menyokong kepimpinan yang baru” katanya pula.

Seterusnya AJK Puteri, Madhina Mohd Rodhi berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan kepimpinan Umno di bahagian Sungai Petani yang baru dipilih.

“Saya kenal dan belajar politik melalui Kak Anim (Datuk Shahanim Mohamad Yusoff) dan saya kenal hati budi beliau.

“Jadi saya tidak akan letak jawatan dan tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan beliau,” katanya pula.

Sementara itu AJK Puteri, Safarina Saidin turut menafikan wujud isu politik wang seperti yang di dakwa sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya selama tempoh berkempen tak ada isu politik wang, perkara ini hanya dibangkit oleh selepas pemilihan mungkin kerana ada pihak yang tak puas hati akibat kalah.

“Saya akan terus menyokong kepimpinan Kak Anim selaku Ketua Umno Bahagian yang baru,” tegas beliau pula.

Umno Sungai Petani berkata sehingga kini mereka yang ingin meletakkan jawatan itu masih belum menghantar sebarang surat rasmi bagi memaklumkan perkara tersebut.

Ahad lalu, Naib Ketua Umno Bahagian, Muhamad Effendi Mashum bersama Ketua Wanita, Wan Mohalina Wan Mohamad; Ketua Pemuda, Mohd Rahmat Darus dan Ketua Puteri, Mashitoh Mohamad Yusoff mengumumkan akan melepas jawatan.

Mereka memberi alasan ketidakwajaran kepemimpinan bahagian yang baharu diberi mandat dengan mendakwa ada unsur politik wang dalam pemilihan kelmarin.

Pada pemilihan semalam, Datuk Shahanim Mohamad Yusuff menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dengan mendapat 428 undi menewaskan penyandang, Mejar (B) Datuk Abdul Rahim Saad. – SuaraTV

One thought on “AJK Sayap Umno Sungai Petani Tidak Akan Letak Jawatan

  • July 3, 2018 at 10:44 pm
    Permalink

    letak pun takpa… takda makna pun….. dah rosak …teruk …hancur

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.