Video : Hayun Parang Di Kenduri Kahwin

GOMBAK – Majlis perkahwinan bertukar kecoh selepas penghuni di kawasan perumahan kos rendah Taman Melati di sini membawa parang dan menyerang sekumpulan tetamu yang hadir di majlis berkenaan.

Difahamkan, dalam kejadian pada Sabtu lalu, penduduk setempat didakwa berang selepas sekumpulan ‘geng motosikal’ bertindak bising ketika menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati berdekatan kawasan perumahan itu.

Berdasarkan video perkongsian Malaysian India Viral News berdurasi satu minit 30 saat, sekumpulan lelaki dipercayai penghuni flat tersebut bertindak menengking tetamu pengantin, selain memukul dan merosakkan beberapa buah motosikal.

Dalam rakaman tersebut juga kedengaran perakam dan tetamu itu memohon maaf di atas insiden berkenaan dipercayai membuat gangguan bunyi bising sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.

Dalam pada itu, netizen turut berasa kurang senang dengan tindakan kumpulan tetamu itu yang tidak menghormati orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.