Serina Redha Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda

“Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda,”kata Serina Redzuwan yang baru berpisah dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Pelakon berusia 34 tahun itu bagaimanapun tidak mahu dipandang lemah dan mengharapkan simpati orang ramai.

“Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri.

“Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan. Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran,” katanya seperti memetik Utusan.

Selari dengan perkara tersebut, Serina dalam masa yang sama turut membuat pelbagai pekerjaan seperti berniaga kuetiau, menjual pelbagai produk, berlakon, mengacara, menjadi duta dan jurucakap di merata tempat.

Hasil perkahwinan yang lalu, Serina dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6 tahun dan juga Isabella Saffiya, 5 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.