Puji Raja Salman Berlebihan, Kolumnis Dikenakan Tindakan

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz telah memerintahkan seorang kolumnis di surat kabar al-Jazirah supaya diberhentikan kerja kerana terlalu memujinya hingga menyamakan Raja Salman dengan Tuhan.

Sebagai pemimpin, Raja Salman kerap dipuji oleh kolumnis di media tempatan sejak beliau menaiki takhta pada 2015 namun pujian yang dilontarkan oleh kolumnis berkenaan, Ramadan al-Anzi dilihat `terlalu jauh’.

Dipetik dari Independent, akhbar al-Jazirah telah menerbitkan permintaan maafnya pada Sabtu lalu.

“Ungkapan dan penghormatan yang diberikan penulis atas keperibadian Penjaga Dua Kota Suci, tidak dapat diterima, terlepas dari apa yang telah Allah kurniakannya kepadanya, semoga Allah melindunginya, atas kehormatan untuk melayani dua masjid suci, Islam, tanah air dan rakyat,” demikian permintaan maaf berkenaan.

Media Saudi melaporkan Raja Salman telah memerintahkan agar diambil tindakan terhadap akhbar tersebut, namun tindakan itu tidak disebut.

Dalam satu mesej kepada Menteri Penerangan, Awwad bin Saleh Alawwad, Raja Salman menulis bahawa beliau tercengang dengan beberapa ungkapan yang digunakan oleh kolumnis tersebut, demikian lapor akhbar Okaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.