Peninju Wanita Terbuang Air Besar Di Gelanggang

Seorang peninju Mix Martial Art, MMA wanita ini, Justine Kish, tidak dapat menahan kesakitan ketika bertarung dengan lawannya, Felice Herrige ketika UFC Fight Night 122, minggu lalu, sehingga terbuang air besar di tengah gelanggang.

Lebih memalukan, insiden tersebut mendapat liputan langsung di televisyen.

Kedua-dua peninju berkenaan meneruskan perlawanan secara profesional dan keputusan akhir berpihak kepada Felice sementara Justine diisytiharkan kalah akibat ‘knocked out’ (K.O).

Justine kemudiannya memuatnaik tweet berkenaan insiden berkenaan dengan berkata: “Saya seorang pahlawan, dan saya tidak akan mengalah #shithappens haha akan kembali nanti”.

Sementara temubual Justine dalam rancangan ‘Domenick Nati Show’ siaran radio iHerart pula menyatakan beliau kini dipelawa bebarapa syarikat tisu punggung yang memintanya untuk menjadi duta produk.

“Saya sebenarnya mempertimbangkannya kerana kita boleh berjenaka dengannya (isu ini).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.