Penduduk Gempar, Kubur Seorang Gadis Digali Selepas 3 Hari Dikebumikan

Penduduk di sebuah kampung di Sulawesi Selatan gempar apabila kubur seorang gadis berusia 16 tahun telah digali selepas jenazah dikebumikan tiga hari lalu.

Ia menyebabkan penduduk di Dusun Kampung Beru, Desa Bontosunggu menjadi takut kerana ia dikatakan ada kaitan dengan ilmu hitam.

Gadis berkenaan, Selvia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Menurut polis, kain kafan atau talinya masih utuh dan tidak hilang namun kain kafan berkenaan sedikit terbuka.

“Kita telah periksa jenazah Almarhumah Selvia dan tak ada satupun yang hilang. Semua tali tali pengikatnya lengkap dengan posisi mayat dalam kuburan seperti biasa,” kata seorang pegawai polis.

Setakat ini polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan berharap insiden tersebut tidak dijadikan provokasi.

Menurut Kompas.com, kejadian ini disedari oleh seorang suri rumah, Lenteng, 34, yang menetap di kawasan berhampiran kubur berkenaan.

“Saya baru bangun tidur dan lihat ada kuburan terbongkar jadi saya datang periksa,” kata Lenteng.

Berita mengenai kejadian itu telah mengakibatkan kawasan kubur itu menjadi tumpuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.