Makna Sebenar Kediktatoran

Konsep dan dogma kediktatoran bermula dari era Yunani dan Rom dan pada mulanya tidak bermaksud sesuatu yang negatif tetapi hanya bermaksud orang yang mengarah.

Seorang diktator, yang merupakan konsep Rom, bermakna seorang pemimpin politik yang menggunakan kuasa mutlak.

Semasa zaman Rom, ia bukanlah Maharaja tetapi Majistret yang menggunakan kuasa ini. Malah, mereka mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Maharaja sendiri.

Maka diktator tidak semestinya adalah orang yang paling teratas dalam hierarki.

Hujah bahawa tidak boleh ada dua diktator pada satu masa yang sama juga adalah tidak benar.

Rusia mempunyai Stalin dan Lenin yang mana kedua-duanya adalah diktator pada masa yang sama manakala semasa Revolusi Perancis kedua-dua Robespierre dan Napoleon muncul sebagai diktator Perancis.

Dan China juga mempunyai dua diktator pada masa yang sama manakala di Cuba, Che Guevara meninggalkan revolusi kerana beliau tidak mahu menjadi diktator bersama dengan Castro.

Kit Siang berkata kempen propaganda pembohongan, berita palsu dan maklumat palsu UMNO adalah bertujuan untuk menyerang beliau.

Ia sebenarnya adalah sebaliknya. Bukankah Pakatan Harapan yang merancang satu jelajah anti-Najib pada bulan ini bukan sahaja untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak tetapi juga isterinya Rosmah Mansor?

Jadi, siapa yang menyebarkan berita palsu dan maklumat palsu dan mengelirukan rakyat Malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku?

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 2 Julai 2017

Link Artikel Asal;-
https://sskeruak.blogspot.my/2017/07/what-dictatorship-really-means.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.