Mahathir Makin Tua Makin Nakal Kata Tunku Aziz

Pemberian kemaafan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beberapa individu dinyatakan di laman blognya sempena Aidilfitri disifatkan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai sebuah hipokrasi.

Tunku Abdul yang turut dinamakan sebagai individu yang ‘dimaafkan’ oleh Dr Mahathir diatas kesilapan lampau berkata, usia tidak mematangkan bekas Perdana Menteri itu yang kini menyertai blok pembangkang.

“Daripada pemerhatian saya terhadap lelaki budiman ini sejak sekian lama, kapasiti kenakalan beliau nampaknya selari dengan perkembangan umur beliau, tetapi saya bimbang beliau tidak menginjak usia secara baik dan aman,” katanya seperti memetik portal berita Malaysian Outlook dan MalaysianDigest.

Selain Tunku Aziz, Dr Mahathir turut menyenaraikan media TV3, Utusan Malaysia, New Strais Times disamping beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Tan Sri Annuar Musa sebagai pihak yang dimaafkan beliau.

Dr Mahathir yang kini Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Penasihat Pakatan Harapan memaafkan semua pihak yang memfitnah beliau selama ini.

Kata Tunku Aziz, beliau teruja dinamakan bersama dengan dua nama besar, Salleh Said dan Annuar Musa, namun menyifatkan kenyataan oleh Dr Mahathir itu tidak seiring dengan kemajuan dibawanya kepada Malaysia.

“Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, pemberian kemaafan beliau berdasarkan andaian saya bersalah tapa sebarang bukti seperti beliau tidak (beri kemaafan), lelaki ini selalu sangat mencari kambing hitam dimana sahaja beliau boleh temui bagi meletakkan kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya,” ujarnya lagi.

Tambah Tunku Aziz lagi, beliau tidak memerlukan kemaafan daripada Dr Mahathir.

“Mahathir dan saya mungkin, diatas kuasa Tuhan, dilahirkan di Alor Setar, Kedah, tetapi itu sahajalah persamaan kami.

“Tun, saya dengan ini secara hormatnya membalas permohonan maaf sempena Hari Raya. Simpannya apabila diperlukannya kelak,” kata Tunku Aziz lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.