Lelaki Terkunci Dalam Kereta Jadi Tular

BANDAR BERA – Gambar seorang lelaki dipercayai tidak sedarkan diri dan terkunci dalam kereta di persimpangan lampu isyarat pagi semalam, jadi tular di media sosial.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu orang ramai menemui lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, anggota penyelamat mengeluarkan lelaki berusia 31 tahun yang terperangkap yang juga dipercayai seorang anggota tentera berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Keprihatinan orang ramai membantu menyalurkan maklumat mempercepatkan proses mengeluarkan lelaki itu oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai mabuk, dan telah dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan,” katanya, seperti memetik laporan Sinar.

Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang dipercayai mabuk dari kenderaannya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat atau spekulasi mengenai kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya faham, orang ramai ingin bantu terutamanya untuk cari waris lelaki terbabit. Namun, tindakan segelintir pengguna menimbulkan spekulasi tidak benar yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

“Jadi, saya harap, orang ramai memanfaatkan teknologi ini dengan betul demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.