Lelaki Bunuh Ibu Miliki Perangai Pelik, Suka Makan 40 Bungkus Mi Segera

Seorang lelaki yang telah membunuh ibu kandungnya yang sedang sakit lalu memotong mayat warga emas berkenaan, mempunyai kebiasaan aneh iaitu gemar makan mi segera yang mentah hingga 40 bungkus sekali makan.

Lelaki itu, Nasruddin, 45, yang menetap di Desa Titi Mas, Aceh, dikatakan suka makan mi segera berkenaan tanpa dimasak terlebih dahulu. Keadaan ini menyebabkan jiran tetangganya berasa aneh dengan perangai pelik Nasruddin.

“Jujur saja, ada hal yang sangat aneh pada diri Nasruddin. Dia mampu makan mi segera tanpa dimasak dalam jumlah banyak. Sekali makan dia habiskan satu bungkus mi segera yang mengandungi isinya 40 bungkus. Saya hairan melihat dia dalam bab makan mi segera,” kata salah seorang jirannya, Ilham.

Selain mi segera yang mentah, Nasruddin juga sering minum bergelas-gelas minuman supleman.

“Pendeknya, dia minum minuman bertenaga tanpa batas, bergelas-gelas. Ini yang sedikit aneh mengenai pola makan dan minumnya bila dibandingkan dengan masyarakat di desa kami,” tutur Ilham.

Di sisi lain, Ilham mengenali Nasruddin sebagai seorang yang gemar bergurau dan suka bergaul dengan masyarakat. Dia yang bekerja sebagai buruh disifatkan sbagai seorang yang rajin namun sejak kebelakangan ini, keadaannya jauh berbeza.

Menurut Ilham, Nasrudin suka mengelamun dan cepat marah.

Nasruddin telah ditahan selepas membunuh dan memotong mayat ibunya, Bihe yang berusia 70 tahun. Dia menggunakan parang dan memenggal kepala ibunya itu hingga hampir putus. Tidak lama kemudian dia memotong mayat ibu kandungnya itu.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.